Precomputation Data:

15 Jan 2010
2pm - 6pm:
Gerhana Matahari Separa (31%)

Klik sini untuk maklumat bagi bandar-bandar utama

15/16 Jan 2010
6pm - 8pm:
Rukyah Hilal Safar 1431

Aktiviti Terdekat:

15 Jan 2010
9am - 6pm:
Program Ceramah, Pameran & Cerapan Gerhana Matahari di Perkarangan Menara Masjid UDM - Semua dijemput

16 Jan 2010
6pm - 8pm:
Rukyah Hilal Safar 1431 - Semua dijemput. Sila maklumkan kehadiran kepada pegawai Unit Falak di talian Balai Cerap di atas.

Artikel Falak

28 Mei 2007: Peluang Menyemak Arah Kiblat

15 Mei 2007/27 Rabiul Akhir 1428 - Setiap tahun laman ini memaklumkan mengenai peluang menyemak arah kiblat menggunakan posisi matahari yang beristiwa (transit) di atas (zenit) Kaabah atau Masjidil Haram. Fenomena ini berlaku apabila matahari dalam terbit terbenam hariannya, mengalami tengahari (disebut istiwa/transit) tepat atau hampir tepat di titik zenit (dengan kata lain, berada betul-betul di atas Masjidil Haram atau Kaabah. Peristiwa ini hanya berlaku dua kali setahun, iaitu pada 28 Mei, dan 16 Julai tiap tahun. Sekalipun terdapat pandangan mengenai tahun lompat dan sebagainya, sebagai suatu kaedah rujukan bayang, selisih yang wujud adalah kecil, justeru nilai atau tarikh di atas boleh digunakan setiap tahun. (Isu ini telah dibincangkan di sini)

waktu
Semasa peristiwa ini berlaku, matahari seolah olah menjadi puncak tiang yang didirikan di atas Kaabah, yang mana ianya boleh disaksikan dari setiap pelusuk bumi yang masih mengalami siang ketika itu (dengan kata lain, masih nampak matahari). Ini membolehkan matahari ketika itu, menjadi petunjuk di mana arah Kaabah dengan tepat. Oleh sebab kaedah hitungan falak boleh digunakan untuk menghitung bila waktunya peristiwa ini berlaku di Kaabah, Umat Islam di negara lain hanya perlu merujuk kepada perbezaan waktu sahaja. Malaysia berbeza lima jam dengan Mekah, justeru tengahari di Mekah adalah bersamaan jam 5.16 petang (28 Mei) dan 5.28 petang (16 Julai) di Malaysia.

bayang
Maka pada waktu yang berkenaan, rujuk bayang objek tegak seperti tiang, dinding dan sebagainya, kemudian berdirilah di hujung bayang tersebut menghadap objek berkenaan(bersamaan menghadap ke arah matahari), dan anda sedang menghadap arah kiblat.



keliru
Terdapat juga segelintir masyarakat yang keliru apabila isu semakan arah kiblat diwarwarkan, dengan andaian bahawa arah kiblat sentiasa berubah. Pendapat atau andaian sebegini adalah tidak benar sama sekali kerana Kaabah tidak pernah beralih, justeru kiblat tidak akan berubah. Apa yang dimaksudkan dengan peluang menyemak arah kiblat adalah bagi mereka yang belum melakukannya. Bagi yang telah melakukannya sebelum ini, semakan semula adalah tidak perlu, kecuali atas sebab-sebab keraguan atau sebagainya. (contoh: pembinaan semula, pemasangan semula karpet dsb.)

Rajah berikut adalah diterbitkan daripada Kalkulator Matahari yang menunjukkan waktu bayang matahari sama arah dengan kiblat pada waktu yang sama, iaitu 5.16 petang bagi beberapa bandar terpilih sebagai contoh. Fenomena begini hanya berlaku pada dua tarikh tersebut sahaja setiap tahun.

Kuala Terengganu;


Kangar;


Johor Bahru;


Kota Kinabalu;


WalLahu A'alam.

Submitted by : Administrator

Laman ini dibina serasi Mozilla Firefox dengan resolusi lebih 800 x 600

Powered by Serama 1.3 (2007)