- Gerhana 1431/2010
- SEMINAR BULANAN ETNOMATEMATIK RUMPUN MELAYU SIRI 3/2009
- Takwim Imkanurrukyah pada laman web anda
Alhamdulillah dengan pertolongan En. Ahmad Taufan saya telah mempunyai laman blog sendiri. Blog yang diberi tajuk 'Apabila Selesai Ayat Pertama....' boleh digelintar pada laman sesawang http://baharzai.blogspot.com
Blog ini disediakan sebagai sokongan kepada laman sesawang Unit Falak, memudahkan saya meluahkan apa-apa isu ilmu falak dengan bahasa yang lebih santai.
Laman blog ini diberi tajuk ....Apabila Selesai Ayat Pertama .... kerana ayat ini membawa makna setelah selesai ayat pertama, maka jari jemari ini akan terus menerus mengetik papan kunci, menyusun atur huruf menjadi ayat-ayat yang mempunyai makna. Memang betul seperti dikatakan orang, sukarnya untuk memulakan ayat pertama. Ayat pertama menjadi pelacak kepada pembinaan dan penyusunan ayat seterusnya. Tulis dan terus menulis apa yang berada pada minda kita, terjemahkannya dari alam idea (benak fikiran kita) kepada simbol yang difahami bersama (huruf ke perkataan ke ayat). Setelah tulis, baca dan terus membaca apa yang ditulis tadi dan membayangkan pembaca mengkritik tulisan kita. Kita rasa kurang selesa, lalu mengubah laras bahasa, istilah dan menambah baik ayat-ayat tersebut. Begitu juga dengan fakta yang ditulis dengan ayat sendiri, digambarkan olahannya kepada kefahaman. Jika sendiri tidak faham, jangan harap pembaca atau pelajar anda hendak faham. Kadang-kala saya cuba menguji pelajar dengan satu atau beberapa perenggan rencana yang baru saya tulis, bagaimana maklum balas mereka? Jika mereka juga tidak faham, bermakna pesanan yang ingin anda sampaikan dalam rencana tersebut belum difahami, maka kita terus membaca dan menulis, menulis dan membaca ............ Ingat, selesaikan ayat pertama terlebih dahulu.......
baharzai [at] udm.edu.my
http://baharzai.blogspot.com
Submitted by : Administrator
ARKIB
