|
Kalkulator Tarikh Hijri-Miladi (v. 2001)
Kalkulator transformasi tarikh hijri Istilahi - tarikh miladi Gregorian. Juga dilengkapi dengan maklumat perbezaan tarikh
hitungan
dengan tarikh semasa, yang boleh digunakan untuk hitungan umur.
|
|
Kalkulator Kiblat (v. 2001/2007)
Kalkulator Kiblat menyediakan hitungan arah kiblat menggunakan sistem koordinat geografi bumi, menggunakan
formulasi 'great circle'.
Sebagai alternatif, kalkulator arah kiblat berdasarkan waktu bayang matahari searah kiblat turut disertakan. Namun,
kaedah penentuan arah kiblat
yang lebih praktikal untuk orang awam adalah kaedah Pedoman Suria (lihat video).
|
 |
Pedoman Suria (v. 2002/2007)
Pedoman Suria digunakan untuk menentukan arah mata angin (terutama arah kiblat) berpandukan
arah atau posisi matahari pada waktu yang dikehendaki. Ini membolehkan ia digunakan pada bila-bila masa asalkan
matahari kelihatan. Ini
menjadikan Pedoman Suria lebih praktikal digunakan berbanding kaedah matahari yang lain. (Lihat video).
|
 |
Kalkulator Waktu Solat Tahunan (v. 2010).:terkini:.
Kalkulator waktu solat tahunan ini menjana jadual waktu solat kompak 3 atau 4 hari sekali untuk kegunaan tahunan. Juga
dikenali sebagai 'jadual waktu solat sepanjang hayat'. Jadual jenis ini lebih sesuai untuk kegunaan umum sahaja.
|
 |
Kalkulator Posisi Hilal (v. 2.2009)
Kalkulator khusus untuk menjana maklumat posisi bulan dan matahari bagi aktiviti rukyah hilal. Kini boleh digunakan
untuk lokasi pilihan anda. Masih wujud ralat kecil namun boleh digunakan sebagai rujukan umum. Harap maklum.
|
 |
Kalendar Web (v. 2010)
Kalendar untuk laman web. Sistem kalendar/takwim adalah berasaskan kaedah 'Imkanurrukyah' Malaysia. Beberapa pilihan untuk kegunaan hiasan tambahan di laman web anda. Moga berguna.
|
| Penting: Untuk hitungan selain Kalkulator Tarikh, pengguna mesti menggunakan data latitud dan longitud untuk hitungan yang sah. Nama tempat hanya untuk paparan sahaja, tidak digunakan dalam hitungan. Untuk mendapatkan latitud longitud, klik panduan di atas. |