Bulan: 123456789101112 Tahun: 142714281429143014311432
Maklumat Lokasi:
Sila masukkan nama dan koordinat (latitud & longitud) lokasi pilihan anda.
Kalkulator ini melakukan hitungan secara berperingkat. Peringkat pertama (1) hitungan posisi hilal dibuat berdasarkan lokasi Tanjung Cincin, Langkawi, yang digunakan sebagai rujukan negara dalam menentukan kebolehnampakan hilal bagi penyusunan takwim. Syarat Imkanurrukyah (Malaysia) digunakan bagi menentukan tarikh awal bulan (1hb), yang membolehkan tarikh 29hb iaitu hari rukyah ditentukan.
Peringkat kedua (2) hitungan posisi hilal dilakukan berdasarkan lokasi pilihan pengguna, untuk membolehkan pengguna mengetahui posisi hilal dari lokasi mereka sendiri.
Peringkat ketiga (3) hitungan posisi hilal dilakukan untuk hari 30hb, apabila hitungan menunjukkan hilal tidak memenuhi syarat Imkanurrukyah pada hari 29hb bagi lokasi pilihan. Harap maklum bahawa bilangan hari ini bukan berasaskan lokasi rujukan negara. Justeru bilangan hari dipaparkan mungkin berbeza dengan takwim kebangsaan.
Grafik posisi bulan dan matahari turut dipaparkan untuk gambaran asas. Grafik tidak menggunakan skala yang tepat untuk penjimatan ruang paparan. Garisan putus-putus merujuk garis minimum kenampakan menurut kaedah yang diamalkan di Malaysia.
Definisi:
Semoga bermanfaat. Terima kasih.
Ahmad Taufan bin Abdul Rashid 10 Feb 2009