Kalkulator Falak v. 2007
(kemaskini versi percubaan 2002, dan versi 2005)
www.falak.udm.edu.my
Lokasi : Kuala Terengganu, Terengganu
Info Latarbelakang
Unit Falak KUSZA (kini UDM) telah menganjurkan Kursus Aplikasi Komputer Dalam Falak kali pertama pada 1999. Kursus ini telah memperkenalkan peserta dengan sistem maklumat falak syarie yang melibatkan aspek hitungan tarikh hijri istilahi dan miladi, arah kiblat dan bayang matahari, hitungan awal bulan menggunakan Nautical Almanac, dan kaedah Epok untuk perbandingan. Sistem tersebut yang menggunakan sekitaran DOS juga turut menyediakan hitungan waktu solat jadual sebulan. Sistem maklumat berkenaan seterusnya menjadi bahan kursus dan edaran untuk peserta sebarang kursus falak selepas itu. Sistem tersebut kemudiannya dibuat menggunakan sekitaran Windows melalui perisian lembaran kerja (MS Excel) setelah sistem DOS tidak lagi boleh digunakan oleh sekitaran Windows.

Objektif

  • Memberi alternatif kepada perisian dan sistem sedia ada.
  • Menyediakan sistem maklumat falak yang serasi dengan sistem yang di amalkan di negara Malaysia.
  • Menyediakan maklumat yang tidak disediakan oleh perisian lain.
Kalkulator Falak
Kalkulator ini adalah versi internet yang mula diperkenalkan di laman ini bermula April 2001. Setakat ini hanya empat pilihan aturcara yang disediakan iaitu - Kalkulator Tarikh, Kiblat, Waktu Solat dan Kompas Matahari (kini Pedoman Suria). Terkini adalah Kalkulator Hilal versi 2009. Hitungan waktu solat yang disediakan adalah jadual kompak 3 atau 4 hari sekali untuk kegunaan umum sahaja.

Kalkulator ini telah dikemaskini untuk kemudahan anda yang berminat. Anda boleh memilih kalkulator yang anda kehendaki daripada menu yang diberi, untuk mengira tarikh hijri atau miladi yang dibina berdasarkan sistem tarikh hijri istilahi (yang mungkin berbeza 1 hari dengan sistem takwim kontemporari), panduan arah kiblat berdasarkan arah/azimut atau panduan bayang matahari, dan kalkulator pedoman suria yang digunakan seperti kompas. Formulasi yang digunakan adalah formulasi paling asas, bukan formulasi kompleks dengan kejituan paling tinggi. Bagaimanapun ia memadai untuk kegunaan awam untuk rujukan asas.

Semoga bermanfaat.

[Ahmad Taufan bin Abdul Rashid]



© 2001-2010 ATR